Menjawab kemusykilan yang sering diperkatakan. Samaada ianya satu pandangan peribadi atau ingin menjatuhkan satu perniagaan yang sedang berkembang pesat.
Soalan dibawah diajukan oleh sahabat saya kerana beliau terdengar ada fatwa dikeluarkan mengenai pemakaian gelang oleh lelaki.Berikut adalah jawapannya.
| Nama |
:
|
.
|
Azman Abdullah. | |
| E-Mel |
:
|
mitacorp@gmail.com. | ||
| Kategori |
:
|
ISU SEMASA
SUB KATEGORI |
||
| Tarikh Hantar Soalan |
:
|
21/01/2008 01:01 PM | ||
| Soalan |
:
|
Saya ada dengar khabar bahawa Majlis Ulama telah mengeluarkan fatwa mengharamkan pemakaian gelang oleh lelaki, tidak kira jenis apapun gelang tersebut termasuk gelang magnet untuk perubatan.
Perkara ini dikhabarkan kepada saya oleh seorang rakan yang mendakwa ianya ada dinyatakan oleh seorang khatib dalam khutbahnya di Shah Alam (tidak pasti masjid mana) pada 18 Januari 2007 lalu. Adakah ini benar, atau ianya hanya pandangan peribadi khatib atau rakan saya tersebut yang tersilap pemahamannya? . |
||
| Jawapan |
:
|
Fatwa kebangsaan belum lagi memutuskan hukum memakai gelang magnet. Tetapi ianya telah diputuskan oleh panel bahawa ianya harus. Untuk makluman saudara setiap hukum akan dibincangkan oleh panel syariah sebelum di bawa dan di putuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan.. | ||
| Status |
:
|
Selesai – Paparan Web. | ||
| . | Nombor Rujukan |
:
|
PANEL SJAI 240108 | |
| Tarikh Selesai |
:
|
24/01/2008 03:31 PM |
Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/0/48F7FCCD1A681400482573D7001B8F61?OpenDocument.
Rasanya sudah cukup terjawab segala kemusykilan.


