Bagaimana pula dengan air paip kita ?
Air paip dari pusat perawatan sepatutnya selamat untuk diminum TETAPI dengan pencemaran yang teruk seperti NAJIS KHINZIR ianya sukar untuk dirawati, ditambah pula apabila ia sampai kerumah kita dan melalui pergaliran yang jauh dibawah tanah melalui paip, air ini akan menyerap pelbagai elemen yang tak perlu seperti racun rumpai dan pemusnah, kimia organik dan tak organik, mendapan, karat, lumpur, bahan berat, bakteria, virus dan bahan bahan yang tercemar yang akhirnya meresap kedalam air yang dibekalkan lantas bila diminum ianya menyerap kedalam tubuh badan kita melalui pembuluh darah.
Klorin yang ditambah dipusat perawatan adalah bertujuan untuk membunuh dan mengeluarkan mikrob serta pencemaran dari punca air dan ianya adalah tidak baik untuk tubuh badan kita secara jangka masa panjang. Penghasilan sampingan klorin iaitu ‘chloroform’ terhasil apabila klorin bercampur dengan bahan organik dan ianya amat merbahaya. Kajian menunjukkan bahawa klorin ada kesenimbungan dengan pemasalahan jantung, kanser dan ‘arteriosclerosis’ ( masalah pembuluh darah dan penyakit kulit) . Memasak air tidak mengeluarkan klorin – ia menukar kepada ‘carcinogen’ yang dipanggil ‘trihalomethane’ (THM). ‘Carcinogens’ merupakan agen penyebab kanser. |
Dalam artikel “Chlorination: A Link Between Heart Disease and Cancer”, Martin Fox, Ph.D. menyatakan:
“Klorin menyebabkan lebihan radikal bebas. Radikal bebas mengakibatkan pemusnahan sel. Apabila sel telah musnah, kita lihat peningkatan dalam serum tahap kolestrol, `atherosclerosis`, kekerasan arteri dan perkembangan plak. Klorin boleh menyebabkan semua pemasalahan yang berhubung kait dengan penyakit jantung dan juga menyebabkan kanser…..Dengan kanser, radikal bebas ini menyebabkan sel `malignant`. Dalam proses tersebut klorin bergabung dengan bahan organik semula jadi seperti pereputan tanaman, sehingga menjadi sumber bahan yang menyumbang pemasalahan kanser’ trihalomethane’ atau haloforms’. Trihalomethanes, disebut sebagai THM’s, secara kolektif merangkumi agen penyebab kanser, seperti ‘ chloroforms, bromoforms, arbontectachloride dan lain lain lagi.” |
| Penyelidikan Dr. B’s telah memberi manafaat kepada ramai orang dan beliau telah muncul dalam temuduga dengan pakar motivasi terkemuka Anthony Robbins. Mengikut kenyatan Dr. B, banyak jenis penyakit dan pemasalahan terjadi kerana pemasalahan ‘dehydration’ (kekeringan) , yang mana boleh sembuh dengan imbangan yang betul. (hydration.) ini merangkumi ‘stress, arthritis, asthma, sakit belakang, sembelit, masalah pembuangan air kecil , sakit kepala , panas badan, diabetes, tekanan (hypertension), lupus, `multiple sclerosis, angina`, masalah jantung, kolestrol, mabuk, sengugut, kegemukkan dan kemurungan. Dengan meminum air yang baik seseorang akan menikmati kehidupan yang lebih sihat.
Air diperlukan :
· Mencegah 3Ds – Dehydration(Pengeringan ), Degeneration (pelupusan) and Disease (Penyakit)
· Membolehkan keberkesanan penyingkiran toksin dan sisa buangan dari dalam badan
· Membolehkan sistem fungsi badan bertindak dengan berkesan
Oleh itu adalah penting kita meminum air. Bukan sekadar sebarang jenis air. Bagi mengembalikan tahap kesegaran dan manafaat tubuh badan, kualiti, kandungan dan struktur air mesti memenuhi keperluan tubuh badan kita.
Dengan keadaan air paip kita sekarang, ramai telah mengambil pendekatan mencari pelbagai jenis air yang diproses dengan harapan mendapat bekalan air yang selamat dan sihat untuk digunakan.
Air selamat vs. Air sihat
Apakah yang dimaksudkan dengan Air selamat?
‘Air selamat secara umum adalah air yang bebas dari bakteria, virus, `VOCs (volatile organic chemicals), bahan metal, THMs, sisa toksik , bahan pencuci dan semua jenis pencemaran yang menjejaskan kesihatan tubuh badan kita. Air yang telah melalui proses penulenan melalui penyulingan atau `reverse osmosis` adalah selamat, tetapi ianya boleh dikatakan kosong atau `air mati` kerana kesemua mineral telah dilupuskan. Oleh itu air selamat tidak semestinya sihat kerana air itu mungkin tidak baik untuk tubuh badan kerana tidak mengandungi mineral yang diperlukan serta tidak memiliki ciri ciri air yang sihat.
Bagaimana pula dengan Air sihat?
Disamping ianya bersih dan tulen, air sihat adalah air seperti mana azali tentukan. Setengah memanggil ia sebagai ‘air hidup’ kerana ia mempamerkan tenaga dan ciri ciri tulen, segar, tiada pencemaran dan ianya seperti sumber asli seperti air gunung, air mata air yang semula jadi. Air sihat kaya dengan mineral semula jadi dan oksigen serta memiliki caj negatif yang banyak.
ion (elektrons). Victor Schauberger, Seorang warga Austria, pencinta alam semula jadi dan saintist, yang memperkenalkan istilah ‘air hidup’ ini pada awal 1900, mendapati air sihat memiliki ciri ciri memori iaitu seperti kluster ‘hexagonal’ yang semula jadi. Struktur yang kaya dengan mineral semulajadi didalamnya terdapat dalam kebanyakan air penyembuhan yang didapati diseluruh dunia.
Air yang paling sihat dihasilkan dengan penapisan secara selektif mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan bahan asing tetapi tidak mineral, elektron dan kesemua faedah kebaikan kesihatannya . |